LILIN PARAFIN | Lilin parafin ialah pepejal yang melekit, berwarna putih, sebahagiannya jernih yang tidak berbau atau tidak berasa. Lilin parafin membentuk lapisan kalis lembapan, dan digunakan untuk membuat bekas kadbod kalis air seperti karton susu. Ia juga adalah bahan utama untuk membuat lilin. | UMUM | |
PARAFIN | Parafin ialah keluaran petroleum yang penting, yang digunakan terutamanya sebagai bahan api. Pada satu masa dahulu, lampu parafin ialah sumber utama lampu artifisial. Dalam industri petroleum, keluaran ini kadangkala dikenali sebagai kerosin. Ia dikenali sebagai kerosen di Amerika Utara atau apabila digunakan sebagai bahan api bagi enjin kapal terbang. Lihat Kerosin. | UMUM | |
MINYAK MINERAL | Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair, petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair (pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C hingga 399C. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |
YOUNG, JAMES | Young, James (1811–1883), ahli kimia Inggeris, yang menjadi perintis dalam industri petroleum. Pada tahun 1847, dia mula membuat pelincir dan lilin parafin daripada petroleum yang memancut keluar di lombong batu arang di Derbyshire. | UMUM | |
ENJIN BEBAS-OMBOH | Enjin bebas-omboh, kadangkala dinamakan gasifier, menjanakan gas panas yang biasanya digunakan untuk menjalankan sebuah turbin. Ia boleh membakar hampir setiap bahan api cecair, daripada parafin kepada minyak kacang tanah. | UMUM | |
LILIN MINERAL | Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras minyak petroleum dan kemudian menggunakan pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum: (1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3) petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna, kekerasan, dan takat leburnya. | UMUM | |