PARAMESWARA | Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414). Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis, masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi- sula’ dan ‘Parameswara’. | UMUM | |
BERTAM | BERTAM, penempatan yang dibuka oleh Parameswara di tebing Sungai Bertam. Sungai ini mendapat nama sempena pokok bertam, sejenis pohon palma yang banyak tumbuh di tebing sungai itu. Sungai Bertam kemudian di kenal dengan nama Sungai Melaka. Setelah meninggalkan Singapura, Parameswara telah membuka beberapa petempatan tetapi tempat-tempat tersebut tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan. Setibanya Parameswara di Bertam, didapatinya tempat itu sesuai untuk dijadikan penempatan dan perlindungan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH | SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH ( ? – 1423), raja Melaka yang kedua (1414-1423). Baginda dikatakan raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam dalam usia yang agak lanjut. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Megat Iskandar Syah adalah anak kepada Parameswara. Ada juga pendapat umum mengatakan bahawa Parameswara menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABU SHAHID | SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446). Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim. Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah. Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera. Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja. Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah). Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri. Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |