HIKAYAT PARANG PUTING | HIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hikayat Budak MiskinI>. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab <I style="mso-bidi-font-style: normal">MahabharataI>. | SASTERA | Karya |
PARANG ILANG | PARANG ILANG, senjata panjang yang digunakan oleh suku kaum Kenyah, Kayan dan Iban di Sarawak. Parang ilang digunakan oleh orang lelaki. Ia diikat di pinggang dan sentiasa dibawa ke mana sahaja. Selain sebagai senjata, parang ilang digunakan sebagai alat kerja dan untuk upacara adat. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PARANG | PARANG, sejenis senjata pendek yang digunakan untuk membelah, menebang pokok-pokok kecil, memotong, melapah daging, menakik pokok untuk membuat tanda dan sebagainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MACHETE | Machete ialah parang yang besar dan berat, dan bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat. Machete yang digunakan sebagai senjata mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60 sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang bermata pendek digunakan untuk memotong tebu dan menebas. Lihat juga Pisau. | UMUM | |
SIKIN | SIKIN, senjata Melayu yang merupai sebilah parang biasa. Sikin dipercayai berasal dari Pahang dan digunakan oleh kaum wanita untuk membelah, memotong dan meraut daun mengkuang. Mata sikin digunakan untuk memotong dan belakangnya digunakan untuk menarik dan mengumpulkan daun-daun yang sudah bercerai. Ini boleh dilakukan dengan senang oleh sebab bentuk belakang sikin berkelok-kelok. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SENJATA PANJANG | SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok). | BUDAYA | Alat/Alatan |
SENJATA PENDEK | SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung. Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SEKOCI | SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan. Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat. Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang. Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
KEROPOK | KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan bawang putih semasa menggaul isi ikan. | BUDAYA | Makanan |