PARK CHUNG HEE | Park Chung Hee (1917–1979) menjadi presiden Korea Selatan dari tahun 1963 hingga tahun 1979. Dia mengambil kuasa sebagai ketua negara pada tahun 1961 setelah memimpin pemberontakan tentera menentang kerajaan awam. Pada tahun 1979, Park dibunuh oleh ketua Agensi Perisikan Pusat negara tersebut. | UMUM | |
PARK, RUTH | Park, Ruth (1923– ) ialah penulis Australia yang memenangi anugerah Miles Franklin pada tahun 1977 kerana novelnya Swords and Crowns and Rings. | UMUM | |
KULIM HI-TECH PARK | Kulim Hi-Tech Park (KHTP) taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia. | KIMIA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
THOMSON, TOM | Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920. Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario, Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan tersebut bercirikan warna-warna terang dan pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917. Lihat juga Kanada (Seni [gambar]) | UMUM | |
PERTUNJUKAN DIRAJA EASTER | Pertunjukan Diraja Easter yang dianjurkan oleh Persatuan Pertanian Diraja di New South Wales, Australia , adalah pameran pengeluaran pertanian, penternakan, tenusu perindustrian dan komersial. Tapak pertunjukan meliputi 28.75 hektar di Moore Park, Sydney. Pertunjukan pertandingan lembu, kambing, kuda, babi, anjing, kucing, ayam itik, bunga- bungaan, sayur-sayuran, seni dan kraf tangan, menarik banyak penyertaan. | UMUM | |
SONDHEIM, STEPHEN | Sondheim, Stephen (1930– ) ialah penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk drama Sunday in the Park with George (1984). Dia memenangi Academy Award untuk lagu “Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990). | UMUM | |
ROMBERG, SIGMUND | Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917), The Student Prince (1924), The Desert Song (1926), My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular, Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik klasik ringan. | UMUM | |
SIMON, NEIL | Simon, Neil (1927– ) ialah penulis drama Amerika. Komedi dan muziknya terkenal menjadikannya penulis drama yang paling komersial dalam sejarah teater Amerika. Marvin Neil Simon lahir di New York City. Drama pertamanya merupakan komedi ringan yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961). Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada pengalamannya sebagai pengantin baru yang tinggal di flat di New York. | UMUM | |
SAMPUL SURAT | Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak sebagai pelindung daripada kehilangan atau kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan. Mesin yang pertama berjaya membuat sampul surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898, John Ames Sherman telah mematenkan mesin pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik, mengurangkan kos membuat sampul surat bergam. | UMUM | |
SAINT HELENS | Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah metropolitan dan pusat pembuatan di Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom. Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan pengeluaran pakaian serta barangan farmaseutikal. Lombong batu arang terletak berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey. Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga Merseyside. | UMUM | |