PARSI PURBA | Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I, Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai bahasa Arya. | UMUM | |
PARSI | Parsi lihat Iran; Parsi Purba. | UMUM | |
PERANG TELUK PARSI | Perang Teluk Parsi berlaku pada awal tahun 1991 antara Iraq dengan gabungan 39 buah negara yang ditubuhkan terutamanya oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perang berlaku terutamanya di Iraq dan Kuwait, negara kecil yang kaya dengan minyak, yang telah diserang dan diduduki oleh Iraq . Kedua-dua negara ini terletak bersebelahan antara satu sama lain di hujung utara Teluk Parsi. Negara utama dalam gabungan tersebut yang menewaskan Iraq termasuk Mesir, Perancis, Arab Saudi, Syria, United Kingdom dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
SASTERA PARSI | Sastera yang diamalkan di Parsi. | SASTERA | Konsep |
PERSEPOLIS | Persepolis ialah ibu kota Parsi purba. Raja Darius I dari Parsi menubuhkan Persepolis kira-kira tahun 518 S.M. dalam kawasan bergunung-ganang yang kini ialah barat daya Iran. Darius dan penggantinya membina istana besar yang diperbuat daripada batu dan bata lumpur di ibu kota yang menjadi pusat upacara diraja bagi cuti umum keagamaan Tahun Baru. Setiap tahun semasa temasya ini, raja akan membaharui hak ketuhanannya sebagai raja dan wakil semua penduduk Empayar Parsi akan membawa hadiah kepadanya. Pada tahun 330 S.M., Iskandar Agung merampas Persepolis. | UMUM | |
KERAJAAN PARSI | Kerajaan Parsi, kerajaan agung yang memiliki beberapa empayar penting seperti Achaemenid (550 SM-330 SM), Parthian (247 SM-224 M) dan Sassanid (224 M-651 M). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SAMANIAT, KERAJAAN | Samaniat, Kerajaan (261–389 H./874–999 M.) ialah kerajaan Parsi yang diasaskan oleh Saman. Saman ialah seorang bangsawan Parsi berketurunan Bahram Jovin yang mengetuai revolusi menentang pihak istana. Saman menjalin hubungan dengan kerajaan Islam pada zaman Khalifah Umaiyyah, Hisham b. ‘Abd Malik. Dia melawat Asad ibn ‘Abdullah al-Qasari, gabenor Khurasan pada zaman kerajaan Umawi. Dia telah diberi penghormatan oleh gabenor tetapi dibenci oleh musuh-musuhnya. Dia telah memeluk Islam dan menamakan anaknya Asad, sempena nama Asad al-Qasari yang telah memberi penghormatan kepadanya. | UMUM | |
MILTIADES | Miltiades (540?–488? S.M.) ialah jeneral Athens purba yang terkenal. Dia mengalahkan orang Parsi dalam Pertempuran Marathon pada tahun 490 S.M., semasa peperangan antara Yunani dan Parsi (lihat Marathon). | UMUM | |
PERANG AL-QADISIYYAH | Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi. Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab. Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi telah mengetahui beberapa ancaman yang akan menggugat negara mereka. Oleh yang demikian, Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan yang baru dan berasingan. Mereka telah mengerahkan penduduk tempatan di bawah naungan orang Islam. | UMUM | |
SAADI | Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa dengan memasukkan banyak rangkap tentang moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti moral yang tinggi dalam penulisannya berkemungkinan telah menjadikannya paling popular di kalangan pengarang Parsi. | UMUM | |