| GREEN PARTY | | UMUM | |
| INKATHA FREEDOM PARTY | | UMUM | |
| PEOPLE'S ACTION PARTY (PAP) | parti politik (Parti yang menguasai kerajaan Singapura) | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| ASHDOWN, PADDY | Ashdown, Paddy (1941– ), menjadi pemimpin pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal tentang perdagangan dan industri hingga tahun 1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk pendidikan. | UMUM | |
| PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
| PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH | Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland secara aman dan memperjuangkan hak sama rata bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak di Belfast. | UMUM | |
| ZEDILLO PONCE DE LEÓN, ERNESTO | Zedillo Ponce de León, Ernesto (1951 – ), menjadi presiden Mexico pada tahun 1994. Zedillo ialah ahli Parti Revolusi Institusi (Instutional Revolutionary Party – PRI), sebuah parti politik terbesar sejak tahun 1929. Dia menggantikan Carlos Salinas de Gortari sebagai presiden Mexico. | UMUM | |
| SNAP | SNAP, parti politik. SNAP ialah singkatan Sarawak National Party. Parti ini ditubuhkan pada bulan Mac 1961. Melihat perkembangan di kalangan orang Cina dan orang Melayu yang telah menubuh parti-parti politik masing-masing, orang Iban takut kedudukan mereka terancam di samping menaruh perasaan curiga terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS). Mereka juga ingin menjaga kepentingan komuniti mereka. Oleh itu SNAP ditubuhkan oleh Stephens Kalong Ningkan dari Bahagian Kedua. Kebanyakan ahli SNAP terdiri daripada para pekerja di Shell Oil Company di Brunei dan Miri. Parti ini diasaskan di Brunei, tetapi Stephens Kalong Ningkan kemudian meletak jawatan dalam Shell kerana berpindah ke Kuching. Semua ahli Jawatankuasa Tertinggi SNAP datang dari daerah Saribas di Bahagian Kedua. Penduduk Iban di sini telah menerima pendidikan Inggeris semasa pemerintahan Brooke. Oleh yang demikian mereka mudah bergerak dari segi sosial dan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PARTI REPUBLIKAN | Parti Republikan ialah salah satu daripada dua parti politik yang utama di Amerika Syarikat, selain Parti Demokratik. Parti Republikan sering dikenali sebagai G.O.P. yang bermaksud Grand Old Party, nama timangan yang diberi oleh ahli Parti Republikan kepada parti tersebut pada tahun 1880- an. | UMUM | |
| SUPP | SUPP, parti politik yang pertama ditubuhkan di Sarawak. SUPP ialah singkatan Sarawak United People’s Party. Parti ini ditubuhkan oleh orang Cina pada 12 Jun 1959, bagi menjaga kepentingan komuniti Cina. Parti ini dipimpin oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Penubuhan parti ini adalah hasil daripada kegiatan politik orang Cina dan dasar British sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |