PASAR-PASAR ARAB | Pasar-pasar Arab ialah kelab-kelab sastera yang didirikan pada zaman Jahiliah dan Islam. Ia memainkan peranan penting kepada kehidupan orang Arab dari sudut keagamaan, kebudayaan, ekonomi, dan sosial. Di sini akan diketengahkan pengenalan mengenai pasar-pasar yang terkenal, tempat, tarikh, matlamat, dan pengaruh pasar- pasar tersebut. | UMUM | |
PASAR RAYA | Pasar raya ialah gedung besar menjual barang makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat Rantaian). | UMUM | |
PASAR GELAP | Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran barangan atau mata wang yang mencabuli had maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang membeli atau menjual barangan catuan atau mata wang terkawal melalui saluran yang menyalahi undang-undang atau lebih daripada had maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga dalam pasaran gelap. | UMUM | |
PASAR | Konsep | BUDAYA | Konsep |
MAHKAMAH PIEPOUDRE | Mahkamah Piepoudre, juga dieja sebagai <I>piepowder I>ialah mahkamah Inggeris Zaman Pertengahan yang menyelesaikan perbalahan antara penjaja dengan pedagang di pasar ria dan pasar. | UMUM | |
PUSAT JUAL BELI | Pusat jual beli ialah sejenis pasar tempat barang dagangan dibawa untuk dijual atau ditukar dengan barangan lain. Di Amerika Syarikat, pusat ini memberi perkhidmatan kepada kaum Orang Asli Amerika, Navajo yang tinggal di petempatan simpanan besar di Arizona, New Mexico, dan Utah. Antara barangan yang diurusniagakan termasuk makanan, pakaian, dan peralatan ladang. | UMUM | |
DEBRECEN | Debrecen (pend. 211 823) ialah bandar komersial dan industri di timur Hungary. Debrecen ialah pasar bagi hasil ladang kawasan yang berdekatan. | UMUM | |
SUFFOLK | Suffolk ialah sebuah kaunti yang terletak di pantai timur England. Kebanyakan penduduk tinggal di bandar seperti Ipswich, Lowestoft, dan Bury St. Edmunds tetapi Suffolk tetap menjadi kaunti bagi negeri perladangan dan bandar pasar kecil. | UMUM | |
TIPPERARY | Tipperary ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti dalam provinsi Munster di Republik Ireland . Tipperary ialah kaunti yang terbesar antara semua kaunti di pedalaman. Kaunti ini pada umumnya berupa kaunti pertanian. Terdapat beberapa buah bandar pasar, yang terbesar ialah Clonmel. Tipperary terkenal kerana lagu Perang Dunia I “It’s a long way to Tipperary”. Penduduk dan kerajaan. Jumlah penduduk Tipperary hanya dua per lima penduduk pada tahun 1850. Terdapat sedikit pertumbuhan penduduk sepanjang tahun 1970-an, tetapi penghijrahan meningkat pada tahun 1980-an. Tiga per lima penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. | UMUM | |
SAFAR | Safar adalah bulan kedua mengikut Takwim Hijrah. Nama tersebut mula digunakan sekitar tahun 412 M., iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah; datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima. Terdapat beberapa pandangan tentang asal usul nama Safar. Ada yang berpendapat bahawa nama Safar diambil daripada nama sebuah kawasan, iaitu al-Safariyyah. Pendapat lain pula menyatakan bahawa ia diambil daripada nama pasar al-Safariyyah yang terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu di Yaman. Orang Arab sering berulang-alik ke pasar tersebut untuk menjalankan aktiviti perniagaan. | UMUM | |