Australia, Kesusasteraan . Kesusasteraan di Australia merupakan kumpulan besar penulisan dalam bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh para pengarang yang lahir atau tinggal di Australia. Semenjak Australia menjadi negara berkerajaan sendiri pada awal tahun 1900-an, kesusasteraan Australia telah menjadi sebahagian daripada pergerakan kesusasteraan pasca penjajahan umum yang juga termasuk kesusasteraan Kanada, New Zealand, India, dan Afrika. Pengarang Australia kebanyakannya berketurunan peneroka atau penjajah Eropah yang mula tiba di Australia pada tahun 1780- an. Hasilnya, kesusasteraan Australia mempunyai ikatan dengan tradisi kebudayaan Eropah. Tetapi ia juga telah mengembangkan tema dan gaya kesusasteraannya yang tersendiri, yang menunjukkan banyak respons pengarang terhadap negara baru. |