DWIGHT, JOHN | Dwight, John (1635?–1703), orang Inggeris yang awal dan penting sebagai tukang tembikar pasu bunga. | UMUM | |
JAH HET, | JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
AMARYLLIS | Amaryllis ialah famili yang terdiri daripada lebih 1200 spesies bunga. Kebanyakan spesies tumbuh di luar di kawasan panas. Dalam iklim sejuk, amaryllis biasanya ditanam di dalam sebagai tanaman pasu pada musim sejuk dan dipindahkan ke luar pada musim panas. | UMUM | |
PERLIS | Perlis , negeri terkecil yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri Perlis pada asalnya adalah salah sebuah jajahan Kesultanan Kedah. Ketika itu Perlis disempadani oleh Setul (Thailand), Songkhla ( Thailand) dan Kubang Pasu (Kedah). Perlis adalah sebuah negeri pertanian | UMUM | |
SIKLAMEN | Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tumbuh liar di kawasan Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |
TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |
PRIMROS | Primros ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan yang biasanya berbunga pada awal musim bunga. Primros yang ditanam dianggap sebagai bunga taman hiasan pilihan. Banyak daripadanya telah dibiakkan daripada primros biasa, yang tumbuh liar di hutan dan meadow di Eropah. Sesetengah primros adalah tumbuhan dalam pasu yang sangat cantik. | UMUM | |
OLEANDER | Oleander ialah pokok renek berbunga yang dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak ros. Dua jenis oleander yang paling biasa mempunyai bunga berwarna merah dan putih. Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan dari kawasan Mediterranean. Pekebun menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan dalam pasu dan tab di kawasan beriklim sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah beracun. | UMUM | |
SEMANGAT 46 | SEMANGAT 46, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1989. Penubuhan parti ini adalah sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Terengganu. Penubuhan Parti Semangat 46 bermula dengan perpecahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 dan diikuti dengan pengharaman UMNO pada bulan Februari 1988. Oleh itu, matlamat penubuhan parti ini ialah berusaha untuk meneruskan semangat perjuangan UMNO 1946. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SABERKAS | SABERKAS, syarikat kerjasama. SABERKAS ialah singkatan Syarikat Bekerjasama Am Saiburi. Saibudri adalah nama lain bagi Kedah pada masa pemerintahan Siam. SABERKAS mula bergerak secara sulit sejak akhir tahun 1945, di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. Perjumpaan pertama untuk menubuhkannya diadakan secara sulit di sebuah rumah, di Jalan Raja, Alor Setar. Tuanku Abdul Rahman Putra telah dipelawa untuk memimpin syarikat ini. Siam dan Jepun meluluskan pendaftaran syarikat ini pada 21 Julai 1945. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |