MORGAGNI, GIOVANNI BATTISTA | Morgagni, Giovanni Battista (1682–1771), ahli anatomi dan ahli patologi Itali, dikenali sebagai ‘bapa patologi anatomi’. Dia menemui dan menerangkan tentang beberapa penyakit jantung dan saluran darah. Buku Morgagni, On the Seats and Causes of Diseases (1761), merupakan pencapaian penting dalam sejarah patologi (lihat Patologi). | UMUM | |
PATOLOGI | Patologi ialah kajian tentang proses penyakit ataupun sebarang keadaan yang mengehadkan tenaga, jangka masa, atau kepuasan hidup. | UMUM | |
AUTORADIOGRAFI | Teknik surihan radioaktif yang melibatkan penggunaan sebatian bertanda radioaktif yang disertakan ke dalam sel, tisu atau organ terutamanya dalam penentuan lintasan atau pengesanan patologi sel. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
NEUROPATOLOGI | Neuropatologi ialah sains yang mengkaji perubahan yang dihasilkan oleh penyakit pada pusat sistem saraf, saraf, atau otot. Ia juga berkaitan dengan perubahan yang terhasil daripada aktiviti normal dalam sistem saraf. Ia mungkin perubahan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau dengan menggunakan mikroskop optikal atau mikroskop elektron. Lihat juga Patologi; Sistem saraf. | UMUM | |
M. JEGATHESAN, DATO’ DR. | M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2 November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura. Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia menyambung pelajaran di England dan memperoleh diploma Patologi. | UMUM | |