ARCHIBALD MEMORIAL FOUNTAIN | Archibald Memorial Fountain, di hujung sebelah utara Taman Hyde di Sydney, dibuat untuk memperingati bagaimana Perancis dan Australia berperang bersama semasa Perang Dunia I (1914– 1918). Air pancut ini mempunyai patung-patung tembaga berbentuk objek-objek klasik. Ia direka oleh Francois Sicard, pengukir dari Paris. Air pancut ini merupakan hadiah untuk rakyat Sydney menurut wasiat Jules Francois Archibald, seorang penulis Australia yang mengasaskan majalah The Bulletin . | UMUM | |
ANAK PATUNG | Anak patung ialah mainan kanak-kanak yang dibuat menyerupai manusia. Saiz anak patung pelbagai, daripada lebih kurang satu sentimeter tinggi hinggalah setinggi manusia atau lebih tinggi lagi. | UMUM | |
SAYAP KEMENANGAN | Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah sebuah patung Yunani purba yang cantik yang ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun 1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118 keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki (Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil membawa mesej kemenangan, penawanan, dan kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai sayap yang melambangkan kepantasan dan kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi patung ini bergelombang, mungkin melambangkan perjalanan yang sukar untuk mencapai kemenangan. Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di Louvre, Paris. | UMUM | |
RUMAH ANAK PATUNG | Rumah anak patung ialah rumah miniatur yang dipenuhi dengan peralatan dan perhiasan perumahan yang kecil. | UMUM | Umum |
PYGMALION | Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci terhadap kezaliman wanita pada zamannya, Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion, dewi Aphrodite menukar patung tersebut menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos. | UMUM | |
MEMORIAL | Memorial mungkin berbentuk patung, monumen, bangunan, atau taman. Untuk maklumat tentang memorial yang khusus, lihat rencana berikut dalam Ensiklopedia Dunia: Arc de Triomphe; Monumen; Monumen Washington; Statue of Liberty. | UMUM | |
MILOS | Milos, atau Melos ialah pulau Yunani di Laut Aegean. Ia terletak di pertengahan laluan antara Athens dan Crete (lihat Greece [peta]). Milos terkenal kerana di sini terletak patung dewi luar biasa Venus yang ditemui pada tahun 1820. Patung ini dikenali sebagai Aphrodite of Milos, atau Venus de Milo (lihat Venus de Milo). | UMUM | |
MONUMEN | Monumen ialah struktur, biasanya bangunan atau patung, yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti ngarai. | UMUM | |
PULAU EASTER | Pulau Easter ialah pulau di Lautan Pasifik Selatan yang terkenal sebagai tempat terdapatnya patung gergasi manusia yang diukir sejak ratusan tahun yang lalu. Pulau ini terletak kira-kira 3700 kilometer ke bahagian barat Chile. Untuk lokasinya, lihat Kepulauan Pasif i k (peta). Pulau Easter diperintah oleh kerajaan Chile sejak tahun 1888. | UMUM | |
STATUE OF LIBERTY | Statue of Liberty, salah sebuah mercu tanda yang terkenal di Amerika Syarikat. Ia terletak di New York City. Mercu tanda ini merupakan sebuah arca tembaga yang berdiri megah di Pulau Liberty. Kedudukannya ialah di jalan masuk ke Pelabuhan New York. Patung seorang perempuan berjubah yang memegang obor ini sangat terkenal dan ia adalah salah sebuah patung terbesar yang pernah dibina. Nama lengkap patung ini ialah Liberty Enlightening the World. | UMUM | |