SPERMASETI | Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati daripada kepala paus sperma yang sangat besar. Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini. Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya. Lihat juga Paus sperma. | UMUM | |
PAUS SPERMA | | UMUM | |
AMBERGRIS | Ambergris ialah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma. Ia berbau kuat apabila dikeringkan dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal. | UMUM | |