JEPARA | JEPARA, pelabuhan utama kerajaan Mataram pada abad ke-17. Jepara menjadi tumpuan pedagang-pedagang Islam setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Eksport utamanya ialah beras yang dihasilkan dari kawasan pedalaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |
POLO, MARCO | Polo, Marco (1254–1324?) ialah pedagang dan pengembara Itali yang terkenal dengan pengembaraannya di Asia tengah dan negara China. Dia menulis sebuah buku yang memberi maklumat tentang negara China kepada bangsa Eropah. | UMUM | |
MAHKAMAH PIEPOUDRE | Mahkamah Piepoudre, juga dieja sebagai piepowder ialah mahkamah Inggeris Zaman Pertengahan yang menyelesaikan perbalahan antara penjaja dengan pedagang di pasar ria dan pasar. | UMUM | |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
ORANG KIWI | ORANG KIWI, pedagang antarabangsa yang giat berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511). Mereka adalah pedagang yang kaya-kaya dan dipercayai mempunyai kapal-kapal perdagangan yang besar. Kapal mereka boleh belayar mengharungi Laut China Selatan, Lautan Hindi, Laut Arab, perairan Melaka dan Kepulauan Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
NAGASAKI | Nagasaki (pend. 444 599) ialah sebuah bandar di Jepun yang mempunyai hubungan yang paling lama dengan orang Barat. Pelabuhannya telah dibuka kepada perdagangan asing pada tahun 1571. Selepas tahun 1637, ia merupakan satu- satunya pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada orang Barat untuk tujuan perdagangan. Pedagang Belanda dibenarkan untuk membina pos perdagangan di pelabuhan ini dan sebuah kapal Belanda dibenarkan berhubung dengan pos tersebut sekali dalam setahun. Pada tahun 1857, Nagasaki merupakan salah satu daripada enam pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada pedagang asing. | UMUM | |
SANTA FE TRAIL | Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam era prakereta api. Jalan ini bermula di Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe, New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron, Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort (berhampiran La Junta, Colorado), kemudian berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering. Pengembara mengangkut barangan mereka menggunakan kuda dan kemudian menggunakan wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821. | UMUM | |
KARAVENSERAI | Karavanserai ialah bangunan untuk keperluan musafir. Bangunan yang berasaskan seni bina Islam ini dibina di tempat perhentian di sepanjang laluan unta pedagang dan pengembara. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
PASAI | PASAI, kerajaan Islam yang agung pada abad ke-9 M. Kerajaan Pasai juga dikenal sebagai kerajaan Samudera-Pasai. Pasai terIetak di kawasan pantai utara Aceh, Sumatera, Indonesia. Kedudukan Pasai agak istimewa kerana terletak di kawasan lalu lintas para pedagang yang datang dari Timur dan Barat. Para pedagang yang terlibat dalam kegiatan perdagangan di Pasai termasuklah dari Asia Barat, Parsi, India, China dan Kepulauan Melayu. Antara pedagang ini terutama yang datang dari Asia Barat dan India ada pula golongan mubaligh yang bertujuan menyebarkan agama Islam. Menerusi golongan mubaligh ini Islam tersebar di Pasai sejak abad ke-9 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |