MATERIALISME | Materialisme ialah suatu pegangan falsafah yang menyatakan bahawa setiap sesuatu itu ialah benda atau dalam keadaan berjirim. | UMUM | |
MARLEY, BOB | Marley, Bob (1945–1981), pemuzik Jamaica, penyanyi dan penggubah muzik reggae. Sebagai seorang ahli pegangan keagamaan Rastafari, Marley menjadi wira gerakan kesedaran orang kulit hitam. | UMUM | |
ALADDIN | Aladdin ialah salah seorang hero dalam Kisah Seribu Satu Malam. Kisah ini berasal dari Parsi tetapi ia ditokok tambah berdasarkan pegangan dan pandangan penceritanya, iaitu seorang wanita Islam bernama Syahrizat. | UMUM | |
KONSERVATISME | Konservatisme ialah sikap atau falsafah yang amat mengutamakan tradisi. Golongan konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan idea tradisional, dan mereka menjadikannya sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai kebijaksanaan dan kebaikan. | UMUM | |
SALMAN AL-FARISIY | Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk mencari pegangan yang boleh menenangkan jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan banyak membaca buku karangan orang-orang Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab. Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa dengan serombongan penyamun Bani Kalb. Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah dan dipaksa bekerja di ladang. | UMUM | |
STANDARD OIL COMPANY | Standard Oil Company. Pada tahun 1859, Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian, John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil Company dari Ohio. | UMUM | |
PERSETUJUAN PRAGMATIK | Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di- keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman memerlukan raja menurunkan harta bendanya kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah- pecahkan. | UMUM | |
PERMODALAN NASIONAL BERHAD | Permodalan Nasional Berhad, institusi pelaburan saham amanah yang terbesar di Malaysia . PNB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 17 Mac 1978 di bawah Akta Syarikat. Modal sebenar PNB berjumlah RM200 juta, manakala modal berbayar sebanyak RM100 juta. Ibu pejabat PNB terletak di Menara PNB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur . Penubuhan PNB bertujuan untuk melaksanakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari segi penyusunan semula masyarakat dengan meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membasmi kemiskinan. PNB merupakan anak syarikat Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). | UMUM | |
TAJUS SALATIN | TAJUS SALATIN, kitab daripada genre sastera ketatanegaraan. Tajus Salatin menjadi pegangan kepada raja dan pembesar negara Islam mentadbir negara masing-masing. Tajus Salatin juga dikenal dengan nama Mahkota Segala Raja-raja. Terdapat beberapa pendapat mengenai pengarang sebenar kitab ini. Menurut R.O. Winstedt, kitab ini adalah hasil kesusasteraan Parsi dan pengarangnya ialah seorang jauhar (saudagar permata) dari Bokhara. Kitab ini disadurnya ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 di Aceh. Rouffiaer (seorang sarjana Belanda) mengatakan bahawa jauhar adalah Johor dan fakta ini diperkuatkan lagi oleh Roorda van Eijsinga yang mengatakan pengarangnya adalah Bokhari dari Johor. Berdasarkan pendapat ini, pengarang Tajus Salatin dipercayai ialah Bukhari al-Jauhari, seorang tokoh kesusasteraan Melayu klasik yang hidup pada awal abad ke-16. pendapat lain juga dikemukakan oleh Hooykaas, Ronkel, Valentyn dan de Hollander. | SASTERA | Karya |
ASRAF | Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa. Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi” dan “Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan“, telah dijadikan pegangan dalam mengasaskan ejaan baru dan sebutan baku bahasa Melayu. | UMUM | |