Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.guam.bé.la] | ڤݢوام بلا

Definisi : (peguam béla) peguam yg membela kliennya dlm mahkamah undang-undang, advokat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.guam.bé.la] | ڤݢوام بلا

Definisi : /peguam béla/ peguam yg membela atau yg mendakwa dlm perbicaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peguam bela


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKAMAH TENTERA

Mahkamah tentera memutuskan kes

perundangan yang berkaitan dengan anggota

perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang

bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera

mengikut kaedah perundangan yang biasa.

Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak

bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara

terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan

terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat,

banduan-banduan diberi peguam bela yang

terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang

bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk

menyediakan kes mereka sendiri.

UMUM 
BIRO BANTUAN GUAMAN

Biro Bantuan Guaman, biro yang diwujudkan untuk memberikan bantuan guaman kepada individu yang memerlukan perkhidmatan profesional daripada peguam cara atau peguam bela biasa tetapi tidak berkemampuan untuk mendapatkannya.

UNDANG-UNDANGInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas