BIJIH TIMAH | Batu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
MENGUARI | Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal atau timbunan batu dari bumi dan menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari ialah lubang besar dalam tanah tempat batu diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan batu loh. | UMUM | |
SILINDER | Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal dengan dua tapak secam yang terletak pada satah selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi) silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan, bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat. Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya. Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik. | UMUM | |
AIR TERJUN | Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ). | UMUM | |
ASTENOSFERA | Astenosfera, lapisan dalam bumi yang melapisi sebelah bawah litosfera yang bersifat sebagai lapisan pejal yang mulur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
ASTEROID | Asteroid, objek-objek pejal kecil dalam sistem suria yang beredar mengelilingi matahari. | FIZIK | Fenomena |
KELIANGAN | Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini biasanya berupaya menyerap cecair dan gas. | UMUM | |
MAILLOL, ARISTIDE | Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir Perancis. Seperti kebanyakan pengukir generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran zaman klasik awal Yunani. | UMUM | |
STEREOTAIP | Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini, pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak. Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar dicetak daripada plat ini. | UMUM | |