Manusia Peking ialah sejenis manusia
prasejarah yang hidup antara lebih kurang
500 000 hingga 250 000 tahun dahulu di bahagian
yang kini utara China.
Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah
<i> ahli paleontologi i> (pakar dalam fosil) Perancis. Dia
membantu menemui manusia Peking, salah satu
jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun,
kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada
teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan
agama Kristian.
Beijing, ibu negara China. Ia juga dikenali sebagai Peking. Beijing dilingkari oleh Daerah Hebei yang terletak di pinggir dataran utara China, kira-kira 110 km ke barat laut Teluk Bo Hai.
PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian. Pusat pengajian Melayu yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang. Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini. Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting. Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia. Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China. Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu.
Thanks for clicking. That felt good.