MADRASAH AL-DINNIYAH | MADRASAH AL-DINNIYAH, madrasah untuk pelajar perempuan dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Madrasah ini terletak di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Madrasah yang didirikan oleh Syekh Junid Tola pada tahun 1935 ini merupakan cawangan Madrasah Yahyawiyah, yang khusus untuk pelajar lelaki. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH | DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN | SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah ini terletak di jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sekolah ini sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Melayu Ipoh dan ditubuhkan pada bulan Januari 1957. Sekolah ini telah ditempatkan untuk sementara waktu di Baeza Avenue Off Jalan Ashby, Ipoh. Bilangan pelajar pengambilan pertama ialah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki. Sebanyak lima buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajarnya seramai 15 orang. Pada tahun yang sama, kelas peralihan dibuka untuk seramai 160 orang pelajar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS | SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS, sekolah kerajaan. Sekolah ini ada mulanya terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan dibuka untuk murid lelaki dan perempuan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1899 oleh Mother St. Andre, Sister St. Sabine dan Sister Medeleine, kumpulan mubaligh The Sisters of The Holy Infant Jesus, dari Singapura. Pada mulanya bilangan murid sekolah ini ialah seramai 12 orang iaitu 7 lelaki dan 5 perempuan. Selepas dua tahun, jumlah pelajar telah meningkat kepada 80 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |