Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lang.ga.ran] | ڤلڠݢرن

Definisi : 1. perihal melanggar (me­nyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir ter­hadap orang Islam itu telah dapat dipatah­kan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lang.ga.ran] | ڤلڠݢرن

Definisi : 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OROGENI

Orogeni ialah proses pembentukan banjaran gunung-ganang dan melibatkan pelanggaran kepingan tektonik.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM 
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU

SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas