Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1. cahaya yg melengkung dan ber­macam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu, pelanga, pela­ngih, pelangis, pelayas, Aporosa microcalcyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1 cahaya yg berwarna-warni dan kelihatan melengkung di udara; ular danu. 2 warna yg bermacam-macam: kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelangi (kata nama)
Bersinonim dengan bianglala, ular danu, benang raja.,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELANGI UMUM 
KAIN PELANGI

KAIN PELANGI, kain yang ragam hiasnya dibuat dengan teknik ikat celup. Perkataan ‘pelangi’ merujuk teknik menghias permukaan kain berwarna natar. Kain yang sesuai digunakan untuk membuat kain pelangi ialah sutera creape dan kapas. Teknik ini dikatakan berasal dari India, China, Jepun, Jawa dan Bali walaupun cebisan kain pelangi terawal telah dijumpai di Peru. Teknik resis digunakan untuk membentuk ragam hias warna-warni seperti pelangi.

BUDAYAKraf Tangan
OPAL

Opal ialah batu permata yang mengandungi

warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon

dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir

biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru,

coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan

warna yang berkilauan apabila terkena cahaya

yang terang.

UMUM 
NAUTILUS

Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai

badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup

oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus

tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama

dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang

nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang

digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali

sebagai gewang atau nakre . Bahan ini

menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali

sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada

kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di

Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan

ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira

enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil

daripada jenis ini yang diketahui.

UMUM 
PLASTIK

Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh

dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah

satu bahan paling berguna yang pernah dicipta.

Rumah, sekolah dan sektor perniagaan

menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera

telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli

atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh

membuat plastik yang berwarna seperti warna

pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna

seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang

tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi

pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada

botol dan kain yang lembut. Barangan plastik,

terutama yang digunakan oleh sektor

perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk

jangka masa yang lama.

UMUM 
BOKOR HUTASUHUT

BOKOR HUTASUHUT  (1934-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia.  Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua).  Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu  dan Pelangi  di Medan (1955-1962).  Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966).  Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung.  Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an.  Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an.  Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra.  Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah  Datang Malam (1963).  Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965).  Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra  (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988.

SASTERATokoh

Kembali ke atas