Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT PEMBAKAR

Alat pembakar merupakan alat relau panas

yang digunakan untuk membakar sisa buangan

sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat

pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran

pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil

digunakan untuk membakar sampah-sampah di

rumah. Alat pembakar industri yang besar pula

digunakan untuk melupuskan cat, minyak,

kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang

dihasilkan oleh proses industri.

UMUM 
AKUAMARIN

Akuamarin ialah pelbagai jenis batu permata

berwarna biru muda atau hijau kebiru-biruan yang

dinamakan beril . Warna yang paling popular ialah

biru langit. Hampir semua akuamarin adalah

lutsinar.

UMUM 
MANGELWURZEL

Mangelwurzel adalah pelbagai jenis bit yang

berkait rapat dengan gula bit dan ubi pokok bit. Ia

kadangkala dikenali sebagai mangold atau bit

ladang yang banyak ditanam di Eropah dan Kanada.

UMUM 
PERSATUAN SUKANPersatuan yang mengendalikan kegiatan pelbagai jenis sukanSUKANInstitusi/Organisasi
AKORN

Akorn ialah kekeras yang dihasilkan oleh

pelbagai jenis pokok oak. Di Eropah dan

sesetengah kawasan di Amerika Syarikat, akorn

digunakan sebagai makanan bagi babi. Banyak

burung dan mamalia liar, termasuk puyuh, rusa,

dan tupai memakan akorn.

UMUM 
PERAKAM PITA

Perakam pita ialah alat untuk merakamkan

bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada

pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula

rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan

meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran

radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar

mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan

dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang

dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk

orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan

untuk merakamkan data dari komputer,

perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat

yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi.

UMUM 
KILOHERTZ

Kilohertz ialah unit yang digunakan untuk

mengukur frekuensi pelbagai jenis gegaran

dan gelombang, seperti gelombang radio dan

gelombang bunyi.

UMUM 
MAS’UDIY, AL

Mas’udiy, al ( ? – ? ) menguasai banyak warisan

kesusasteraan pada zamannya yang merangkumi

pelbagai jenis ilmu.

UMUM 
ALMANAK

Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya

terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini

mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah

almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan

peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan

fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji

cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan

mengenai populasi, industri dan pengeluaran

ladang.

UMUM 
AKNE

Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa

berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia

terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan,

terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan

belakang

UMUM 
12345678

Kembali ke atas