Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. |