BULU PELEPAH | | UMUM | |
TANDUK RUSA | TANDUK RUSA (platiserium koronarium), sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan. Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak. Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar. Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan. Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa. Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah. Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
GLIDER EKOR-BULU PELEPAH | | UMUM | |
PIRU | Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas. Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau casque menutupi bahagian atas kepalanya. | UMUM | |
BURUNG SETIAUSAHA | Burung setiausaha ialah burung Afrika yang tinggi yang mempunyai bulu pelepah panjang yang berjurai dari bahagian belakang kepalanya. | UMUM | |
MIMOSA | Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper. Bunganya yang kecil berwarna putih, samar, lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia, Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat apabila disentuh. Ini melindunginya daripada dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan ragut. Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa. Semalu ialah M. pudica. | UMUM | |
SWAN | Swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulu pelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | UMUM | |
MOTMOT | Motmot ialah nama famili burung yang berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan seperti dua raket tenis. Burung ini menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan burung yang tidak bergerak. | UMUM | |
NENE | Nene, juga dikenali sebagai angsa Hawaii , ialah burung nadir di Hawaii. Ia juga adalah burung rasmi Hawaii. Nene panjangnya 56 sentimeter hingga 66 sentimeter. Ia berwarna perang dengan bulu pelepah yang panjang berwarna kuning di lehernya. Ia hidup di desa terbuka dan memakan terutamanya rumput. Nene betina bertelur tiga hingga enam biji telur berwarna putih krim. Pada tahun 1950, hanya wujud kira-kira 50 ekor. Sejak itu, bilangan nene bertambah banyak hasil daripada program pembiakan dan perlindungan. Pengelasan saintifik. Nene tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Nesochen sandvicensis. Lihat juga Burung (gambar: Burung di Kepulauan Lautan). | UMUM | |
POKOK KELAPA | Pokok kelapa ialah pokok tinggi meliuk, yang mengeluarkan buah kelapa. Ia mungkin berasal dari Asia Tenggara dan Kepulauan Melanesia di Lautan Pasifik. Tetapi ia telah diperkenalkan ke semua bahagian tropika dan subtropika di dunia. Pokok kelapa tingginya dari 12 meter hingga 30 meter. Daunnya besar bak bulu pelepah mengembang dari puncak batangnya yang tidak berdahan. | UMUM | |