Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.ta.kan]/[pe.le.ta/.kan] | ڤلتقن

Definisi : perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.ta.kan]/[pe.le.ta/.kan] | ڤلتقن

Definisi : perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peletakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POMPIDOU, GEORGES JEAN RAYMOND

Pompidou, Georges Jean Raymond (1911–

1974) ialah presiden Perancis dari tahun 1969 hingga

tahun 1974. Dia telah dipilih menjadi presiden

selepas peletakan jawatan Presiden Charles de

Gaulle. Pompidou ialah ahli Union of Democrats for

the Republic, sebuah parti politik yang menyokong

de Gaulle.

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
TAMU DI BUKIT KENNY

TAMU DI BUKIT KENNY, drama karya Usman Awang, yang dipentaskan pada tahun 1967.  Drama ini telah diterbitkan bersama-sama tiga lagi drama karya Usman Awang iaitu “Malam kemerdekaan”, “Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)” dan “Kiambang Bertaut” dengan judul Tamu Di Bukit Kenny oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada tahun 1968.  Drama ini ditulis khususnya untuk dipentaskan sempena menyambut tahun ke-10, DBP berpindah ke Kuala Lumpur.  Ia kemudiannya dipentaskan sekali lagi pada bulan April 1968 (sempena peletakan batu asas bangunan tambahan DBP) di bawah arahan Baharuddin Zainal.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas