Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lo.por] | ڤلوڤور

Definisi : 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, peng­anjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian; mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; kepeloporan perihal (kebolehan, keupaya­an) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lo.por] | ڤلوڤور

Definisi : 1 orang yg berjalan di hadapan sekali dlm sesuatu perarakan; orang yg berjalan dahulu utk melihat-lihat. 2 orang yg mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas: Mereka merupakan ~ bagi perkembangan dan kemajuan polis wanita kita. 3 pasukan yg bergerak dahulu sekali dlm sesuatu pertempuran dll; perintis: Pemuda ~ negara. mempelopori 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelopor (kata nama)
Bersinonim dengan perintis, peneroka, pembuka jalan, pemula, pendahulu, penganjur, penggerak, pelancar, pengasas;,
Kata Terbitan : mempelopori,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIBAWAYH

Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor

nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah

Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia

merupakan antara orang terawal menyusun ilmu

tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’.

Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang

bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang

mengatakan bahawa ibunya memberi nama

timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia

berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’

dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama

berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan

kematiannya yang sebenar.

UMUM 
OLDS, RANSOM ELI

Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor

Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta.

Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada

kependekan namanya), diberi nama bersempena

dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula

membuat eksperimen dengan pedati yang

digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin

bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia

mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya

kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini

merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama

dijual ke luar negara.

UMUM 
BUTLIN, SIR BILLY

Butlin, Sir Billy (1899–1980) ialah pelopor

khemah percutian di United Kingdom. Dia

membuka khemah percutiannya yang pertama di

Skegness pada tahun 1936 dan mengembangkan

perniagaannya selepas Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
NUFFIELD, LORD

Nuffield, Lord (1877–1963), William Richard

Morris, pelopor pembuatan motokar. Dia membuat

motokarnya yang pertama pada tahun 1911. Dia

mula mengeluarkan kereta secara besar-besaran di

United Kingdom selepas Perang Dunia I dan,

menjelang tahun 1926, syarikatnya membuat 100

000 buah kereta setahun. Seorang dermawan,

Nuffield mendermakan satu juta paun dan tapak

bagi Nuffield College kepada Oxford University.

Pada tahun 1943, dia menubuhkan Yayasan

Nuffield bagi penyelidikan pendidikan,

perubatan, saintifik, dan sosial dengan hadiah 10

juta paun. Nuffield lahir di Worcester , England. Dia

dilantik menjadi baronet pada tahun 1929 dan

menjadi Lord Nuffield pada tahun 1934.

UMUM 
D’ ALMEIDA, JOSE

D’ Almeida, Jose (1784–1850), doktor dan

pelopor perniagaan di Singapura. Dia menjadi

pemimpin komuniti Portugis tempatan dan dilantik

sebagai jeneral-konsul bagi Portugal.

UMUM 
APPLESEED, JOHNNY

Appleseed, Johnny (1774–1845) ialah nama yang

diberikan kepada John Chapman, pelopor Amerika

yang menanam banyak pokok epal di sepanjang

sempadan awal. Dia menjadi wira rakyat hasil

daripada banyak novel, cerpen dan puisi mengenai

jasanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan jasa ini

mungkin khayalan sahaja.

UMUM 
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN

Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869),

pengkritik Perancis yang menjadi pelopor

teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi.

Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia

melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan

persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam

Literary Portraits (1829–1846), Contemporary

Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862)

sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863–

1872) sebanyak 10 jilid.

UMUM 
ASMA'IY, AL-

Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah

seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang

pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu

Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir

dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy

meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa

hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa

– peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus

dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal

dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair

yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek

berkaitan linguistik ini memainkan peranan

penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab

pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus

karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit

dan Lisan al-‘Arab.

UMUM 
DALLAPICCOLA, LUIGI

Dallapiccola, Luigi (1904–1975) ialah

penggubah lagu Itali. Dia terkenal sebagai pelopor

muzik dodekafoni di Itali.

UMUM 
HAKIM, TAWFIQ AL-

Hakim, Tawfiq al- (1316–1410 H./1898–1989 M.),

penulis Mesir dan pelopor dalam bidang penulisan

novel, sastera dan teater

UMUM 
1234

Kembali ke atas