Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1. terhenti atau reda (angin dll), seng­gang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesem­patan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan; berpeluang mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1 terhenti (bkn angin, pekerjaan dsb): musim ~ musim tidak berangin. 2 keadaan yg menguntungkan; peristiwa baik; nasib yg baik; kesempatan: Kalau ada ~, saya bermaksud belajar di luar negara. berpeluang ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAFARI

Safari ialah pemburuan teratur di Afrika. Pemburu

menyertai safari untuk mengambil peluang

membunuh kerbau Cape, gajah, harimau bintang,

singa, badak sumbu, atau lain-lain haiwan buruan

yang besar. Satu perjalanan teratur untuk mengambil

foto haiwan liar juga dikenali sebagai safari.

Kebanyakan safari lamanya dari tiga hingga enam

minggu. Kebanyakannya diatur oleh syarikat safari

yang menyediakan semua bekalan dan personel yang

diperlukan.

UMUM 
LIBERALISME

Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi

yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan

peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai

konservatisme menekankan peraturan, tradisi,

dan pemilikan harta benda persendirian. Orang

yang berfahaman liberal pada amnya menyokong

perubahan sosial yang lebih cepat berbanding

dengan mereka yang berfahaman konservatif.

Tetapi liberalisme merupakan istilah yang

mengelirukan kerana makna dan penekanannya

banyak berubah mengikut peredaran masa.

UMUM 
PUNGUTAN SUARA

Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat

tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara

memberi peluang kepada semua pengundi di

sesebuah negara atau wilayah untuk membuang

undi bagi menentukan dasar kerajaan atau

cadangan undang-undang yang baru. Dalam

pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau

menentang sesuatu cadangan. Kadangkala

pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit .

UMUM 
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
AMANAH OUTWARD BOUND

Amanah Outward Bound mengendalikan

sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk

untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda

melalui pengembaraan. Amanah ini juga

membantu negara lain menubuhkan sekolahnya

sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi

peluang kepada anak-anak muda daripada

pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja

bersama-sama.

UMUM 
OUTWARD BOUND TRUST

Outward Bound Trust mengendalikan

sekumpulan sekolah di United Kingdom yang

direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-

anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini

juga membantu negara lain untuk menubuhkan

sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah

ini memberi peluang kepada anak-anak muda

daripada pelbagai latar belakang bertemu dan

bekerja bersama-sama.

UMUM 
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN

Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan

ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan

kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan

kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran

baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang

untuk membantu orang lain dan mempelajari

pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl

Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United

Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan

Pandu Puteri (The Guide Association).

UMUM 
REZA SHAH PAHLAVI

Reza Shah Pahlavi (1878–1944) ialah raja Parsi

atau kini dikenali dengan nama Iran. Baginda

memerintah dari tahun 1925 hingga tahun 1941.

Sepanjang pemerintahannya, banyak perubahan

dan kemudahan yang disediakan dalam negara

termasuk pembinaan landasan kereta api dan

kilang perindustrian. Sektor pendidikan turut

dimajukan, di samping menambah peluang

pekerjaan dan pendidikan bagi kaum wanita. Dia

juga mengemaskinikan sistem perundangan.

UMUM 
MINOT, GEORGE RICHARDS

Minot, George Richards (1885–1950), doktor

Amerika yang sangat terkenal di dunia dalam

bidang penyakit darah. Pada tahun 1926, dia

memperkenalkan rawatan hati kepada pesakit

anemia pernisius. Kajiannya menunjukkan bahawa

apabila seseorang pesakit dirawat dengan

memberinya diet yang mengandungi banyak hati,

anemia akan hilang. Penemuannya ini telah

memberi peluang kepada pesakit anemia untuk

sembuh.

UMUM 
123

Kembali ke atas