TATE GALLERY | Tate Gallery, di London, menempatkan koleksi lukisan cat dan arca yang terkemuka oleh pelukis British dan pelukis-pelukis lain. Koleksi lukisan cat mewakili karya pelukis British dari tahun 1500-an hingga kini dan karya pelukis dari negara lain semenjak akhir tahun 1800-an. Tate Gallery di Liverpool menempatkan lukisan cat dari tahun 1900- an. | UMUM | |
TAMAYO, RUFINO | Tamayo, Rufino (1899–1991) ialah pelukis Mexico yang penting. Dia dikenali kerana caranya melukis bentuk manusia, haiwan dan alam benda yang berani dan berwarna terang. Tamayo melukis dengan cara separa abstrak, dengan mengherot-benyotkan bentuk supaya kelihatan penuh perasaan. Lukisannya menggambarkan pengaruh budaya rakyat, sejarah dan landskap Mexico. Berbeza dengan pelukis-pelukis terkenal Mexico yang lain yang seangkatan dengannya, Tamayo jarang menekankan nasionalisme atau ideologi politik. Tamayo lahir di Oaxaca, Mexico. Semasa awal tahun 1920-an, dia bekerja melakar arca purba Orang Asli Amerika untuk National Museum of Anthropology di Mexico City. Pada tahun 1930-an dan awal tahun 1940-an, gayanya telah bertukar kerana dipengaruhi oleh pendedahannya kepada hasil kerja pelukis moden dari Eropah, seperti Georges Braque, Joan Miró dan Pablo Picasso. Bermula pada tahun 1970, lukisan Tamayo menjadi lebih abstrak dan berfalsafah, dan sering meneroka hubungan manusia dengan alam semesta. | UMUM | |
DEGAS, EDGAR | Degas, Edgar (1834–1917) ialah pelukis impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis yang lain, dia mahu menggambarkan keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan impresionisnya dalam hal warna dan cahaya. | UMUM | |
MA YUAN | Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan di China. | UMUM | |
THOMSON, TOM | Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920. Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario, Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan tersebut bercirikan warna-warna terang dan pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917. Lihat juga Kanada (Seni [gambar]) | UMUM | |
KANE, PAUL | Kane, Paul (1810–1871) ialah pelukis perintis Kanada, pelukis penting pertama untuk melukis Orang Asli Amerika Utara. | UMUM | |
DOBELL, SIR WILLIAM | Dobell, Sir William (1899–1970) ialah pelukis dan juga pelukis cat potret Australia yang terkemuka. Dia memenangi Hadiah Archibald sebanyak tiga kali –tahun 1943, tahun 1948 dan tahun 1949. | UMUM | |
ARDIZZONE, EDWARD | Ardizzone, Edward (1900–1979) ialah penulis dan pelukis Inggeris. Dia adalah penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang telah banyak menerima hadiah. Dia menulis cerita kembaraan yang di dalamnya dimasukkan lukisan-lukisan yang bukan sahaja ceria tetapi juga melucukan. Ardizzone juga telah melukis gambar untuk buku yang ditulis oleh pengarang lain. Kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 buah. | UMUM | |
MONET, CLAUDE | Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis dan pemimpin terkemuka dalam gerakan impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan melukiskan tindak balas spontan peribadinya kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa. Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar secara pantas seperti trengkas. Kajian itu digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis yang pertama dan paling penting menggunakan kesan impresi pemandangan di luar untuk menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan dalam La Grenouillere (1869). | UMUM | |
MURILLO, BARTOLOMÉ ESTEBAN | Murillo, Bartolomé Esteban (1618–1682), pelukis Sepanyol yang hidup pada tahun 1600-an. Dia dianggap pelukis yang terbaik yang dapat menggambarkan kelembutan dan optimistik agama Kristian. Dia terkenal dengan lukisannya yang melahirkan perasaan mesra dan peri- kemanusiaan. | UMUM | |