KAWALAN JAUH | Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa meter atau sampai beribu-ribu kilometer. | UMUM | |
TENTERA UDARA | Tentera udara ialah cawangan angkatan tentera sesebuah negara yang bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di udara. Suatu pasukan tentera udara terdiri daripada juruterbang dan pelbagai kakitangan lain, kapal terbang, peralatan sokongan, dan pangkalan udara. Sesetengah tentera udara mempunyai peluru berpandu dan kapal angkasa lepas. | UMUM | |
MISIL BERPANDU | Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi komputer dan alat khas yang lain yang memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain. Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang. Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio daripada pengawal yang mungkin berada jauh. | UMUM | |
MEKANISME SERVO | Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri menggunakan mekanisme servo untuk mengawal mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan senjata pada kapal perang dengan menggunakan maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan peluru berpandu yang sedang mengikut haluan. | UMUM | |
SENJATA NUCLEAR | Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang memperoleh kuasa pemusnahnya daripada perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga. Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam, periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding sebarang senjata konvensional (bukan nuklear). | UMUM | |
PESAWAT PENGEBOM | Pesawat pengebom ialah kapal terbang tentera yang menyerang sasaran di darat dan di laut. Pesawat pengebom membawa bom, peluru berpandu, roket, mesingan, dan meriam. Tentera udara bagi hampir semua negara mempunyai pesawat pengebom, dan sesetengah perkhidmatan tentera laut dan marin juga mempunyai pesawat pengebom. | UMUM | |