Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.kaian] | ڤماکاين

Definisi : 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.kaian] | ڤماکاين

Definisi : perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUSUKKapsyen          ;           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan
SONGKET ACEH

SONGKET ACEH, kain songket yang diperbuat di Aceh dan lazimnya mempunyai tanah kain yang berwarna biru tua, hitam, ungu dan merah tua dengan cara pemakaian yang menunjukkan taraf sosial.  Songket Aceh dipakai oleh lelaki dan wanita.  Bagi masyarakat Aceh, pakaian wanitanya ialah seluar panjang yang diperbuat daripada bahan sutera hitam atau kain kapas yang disebut `silueue Aceh’, dan dilengkapi pula dengan sehelai kain sarung disebut `ija krung’.  Cara memakai kain juga dapat menerangkan dari daerah mana seseorang itu berasal, dengan melihat tinggi rendahnya letak sarung.  Bagi masyarakat pergunungan, letak kain lebih ke bawah dan bagi masyarakat pesisir, ikat kainnya lebih tinggi atau singkat.

BUDAYAPakaian
AKTA TANAH NEGERI-NEGERI SELAT

Akta Tanah Negeri-Negeri Selat. Undang-undang yang diperkenalkan oleh Inggeris untuk menghapuskan pemakaian undang-undang pemilikan tanah mengikut adat Melayu yang berteraskan Islam dan sistem yang ditinggalkan oleh kuasa penjajah yang terdahulu.

UNDANG-UNDANGAkta
SARUNG

SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut  atau pinggang hingga ke paras buku lali.  Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.

BUDAYAKonsep
MINGGU BAHASA

MINGGU BAHASA, gerakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan negeri ini serta menggalakkan penggunaannya.  Pada 7 Januari 1958, suatu pengumuman telah disiarkan melalui Radio Malaysia (kini RTM) untuk mengadakan gerakan ‘Minggu Bahasa’ yang akan dijalankan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.  Tujuan diadakan minggu tersebut adalah untuk meluaskan lagi pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk menarik perhatian orang ramai, semua kaum dan bangsa dalam negeri ini kepada bahasa kebangsaannya dan untuk meninggikan semangat ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

BAHASAKegiatan

Kembali ke atas