SPIRIT '76 | Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh pelukis Amerika, Archibald M. Willard. Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu gendang mengepalai askar Amerika ke medan peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini. | UMUM | |
MENARA BULAT | Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik pemandangan landskap di kebanyakan bahagian Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun 1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat persembunyian semasa berlakunya serangan oleh pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza, dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah. | UMUM | |
OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
AUSTRIA | Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang terkenal dengan keindahan pemandangan pergunungannya. Pergunungan Alps yang menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di banyak kawasan, lembah yang luas, dan menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih. Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara ini. | UMUM | |
SURREY | Surrey ialah kaunti Inggeris yang terletak di selatan London yang mempunyai pemandangan yang indah dan bangunan-bangunan lama yang masih terpelihara dengan baik. Amanah Kebangsaan memiliki sesetengah bahagian kaunti ini. Surrey mempunyai kaitan dengan ramai tokoh terkenal. Tokoh reformasi, William Cobbett dan ahli ekonomi, Thomas Malthus lahir di Surrey. | UMUM | |
DEVON | Devon ialah sebuah kaunti di barat daya England yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik dan pelbagai. Untuk lokasi, lihat England (peta politik). | UMUM | |
MONET, CLAUDE | Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis dan pemimpin terkemuka dalam gerakan impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan melukiskan tindak balas spontan peribadinya kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa. Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar secara pantas seperti trengkas. Kajian itu digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis yang pertama dan paling penting menggunakan kesan impresi pemandangan di luar untuk menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan dalam La Grenouillere (1869). | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
YEATS, JACK BUTLER | Yeats, Jack Butler (1871–1957) ialah pelukis Ireland, menjadi terkenal kerana hasil lukisan pemandangan kehidupan orang Ireland yang begitu romantik. Antara lukisannya yang terkenal ialah Back from the Races dan The Maggie Man. | UMUM | |
AMORSOLO, FERNANDO | Amorsolo, Fernando (1892–1972) ialah salah seorang pelukis Filipina yang agung. Dia terkenal dengan lukisannya tentang kehidupan harian di Filipina. Landskap luar bandar Amorsolo termasuk pemandangan wanita-wanita muda sedang membasuh pakaian di sungai. | UMUM | Umum |