PEMANGKU RAJA | | UMUM | |
LI PENG | Li Peng (1928– ), salah seorang pemimpin China yang paling terkemuka. Dia menjadi pemangku perdana menteri China pada bulan November 1987 dan menjadi perdana menteri pada bulan April 1988. Perdana menteri mengetuai segala operasi kerajaan. Sejak tahun 1985, Li menganggotai Politburo , iaitu badan utama yang membuat dasar bagi Parti Komunis China. Dia menumpukan kerjayanya kepada pembangunan sumber tenaga. Kebangkitannya sebagai seorang pemimpin yang berkuasa menggambarkan minat China yang bertambah dalam pembangunan teknologi pada tahun 1980-an. | UMUM | |
SUHARTO | Suharto (1921– ) ialah jeneral tentera Indonesia yang akhirnya memegang tampuk pemerintahan negaranya daripada Presiden Sukarno antara tahun 1965 hingga tahun 1967. Suharto menjadi Pemangku Presiden Indonesia pada tahun 1967 dan menjadi presiden penuh pada tahun 1968. Kemudian dia melancarkan suatu program yang membawa kepada pembaharuan yang gemilang bagi ekonomi negara tersebut. | UMUM | |
SKIM MISSISSIPPI | Skim Mississippi ialah satu projek kewangan yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish, memulakan rancangan tersebut dan kemudian menubuhkan organisasi The Mississippi Company. Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika Syarikat, dan di Kanada. | UMUM | |
OLAV V | Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH | SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH (1795 – 1823), Sultan Aceh (1805 – 1814, 1819 – 1823). Baginda berusia sembilan tahun ketika ayahandanya Sultan Alauddin Muhammad Syah mangkat. Bapa saudara sebelah ibunya, Tuanku Raja, memerintah sebagai pemangku raja. Baginda pernah dihantar oleh ayahandanya menetap seketika di seberang laut, di sebuah kapal British bernama ‘Nonsuch’. Baginda memperoleh pengetahuan ketenteraan laut, kemahiran tentang pengurusan kapal dan pengetahuan bahasa Inggeris. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MAKTAB MELAYU MELAKA | MAKTAB MELAYU MELAKA, maktab perguruan. Maktab ini ditubuhkan di Melaka pada 1 Mac 1900 dengan Mr. S.E. Codrington sebagai pengetuanya yang pertama. Penubuhan maktab ini diusahakan oleh R.J. Wilkinson, Pemangku Nazir Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat (1898–1909). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SULTAN MUZAFFAR SYAH III | SULTAN MUZAFFAR SYAH III ( ? -1752), Sultan Perak yang ke-13 (1728-1732). Nama sebenar baginda ialah Raja Inu. Baginda adalah putera Yang Dipertuan Muda Mansyur Syah dan anak saudara Sultan Mahmud Syah (1654-1720). Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai anak dan baginda telah mengambil tiga orang anak saudara lelakinya, iaitu Raja Radin, Raja Inu dan Raja Bisnu, sebagai putera baginda. Raja Inu mendapat gelaran Raja Kecil Besar dan bertindak sebagai pemangku raja. Baginda juga dijadikan Raja Bernam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN SALLEHUDDIN SYAH | SULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu. Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745). Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis. Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor. Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756. Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja. Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |