BUZZARD | Buzzard ialah mana-mana satu kumpulan burung pemangsa yang berkaitan dengan burung helang. Buzzard sebenarnya hidup terutamanya di Eropah dan Asia. Buzzard di Amerika Utara biasanya dinamakan lang, atau lang buzzard. | UMUM | |
BURUNG HERING | Burung hering ialah nama berjenis-jenis burung pemangsa. Makanan utama burung hering ialah bangkai (daging haiwan yang mati atau reput). Kebanyakan burung hering berkaki lemah dan berkepala serta berleher togel. | UMUM | |
SKUA | Skua, juga dikenali sebagai skua besar ialah burung pemangsa yang hidup hampir sepanjang tahun di lautan. Skua adalah burung yang garang, mempunyai paruh yang kuat bengkok dan bulu berwarna perang dan putih. Skua didapati jauh di tengah lautan, tempat ia menyerang burung camar dan tarn, merampas ikan yang telah ditangkap oleh burung-burung ini. Di darat, ia juga memakan burung kecil dan telurnya. | UMUM | |
PIRANHA | Piranha ialah ikan bergigi tajam yang hidup di tasik dan sungai di seluruh Amerika Selatan. Piranha telah digambarkan dalam filem dan dalam legenda sebagai pemangsa yang ganas, dahagakan darah yang boleh mengoyak-ngoyak manusia dalam beberapa saat. Dalam keadaan sebenar piranha jarang menyerang manusia. Walau bagaimanapun, piranha boleh menjadi masalah jika dilepaskan ke dalam perairan lain, tempat ia akan memakan banyak ikan asal, amfibia, dan lain-lain haiwan air. | UMUM | |
KUMBANG AIR | Kumbang air ialah nama yang diberi kepada banyak famili kumbang yang hidup dalam air. Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai. Sesetengah serangga ini hidup sepanjang hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau berhampiran dengan air hanya pada peringkat larva. | UMUM | |
MOTMOT | Motmot ialah nama famili burung yang berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan seperti dua raket tenis. Burung ini menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan burung yang tidak bergerak. | UMUM | |
SPRINGBOK | Springbok, yang juga dikenali sebagai springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat berulang kali setinggi dua meter ke udara apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan kencang. Lompatan ini mengalih perhatian pemangsa seperti singa dan harimau kumbang. Springbok mempunyai sejalur bulu panjang berwarna putih di tengah belakangnya yang akan tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan antelop ini kambing kipas. | UMUM | |