| SURAH AL-BALAD | Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 20 ayat. Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini. Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan orang yang melakukan kejahatan. | UMUM | |
| PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA | PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA, proses pemantapan bahasa. Perancangan bahasa di Indonesia, berciri multilingual kerana selain bahasa Indonesia dan bahasa daerah yang jumlahnya sampai sekarang belum diketahui secara tepat, bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga digunakan di Indonesia. Terdapat sekitar 600 bahasa daerah di Indonesia. | BAHASA | Bahasa |