Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran tentang pandangan penganut berfahaman Calvin yang amat taksub tentang takdir , kenyataan bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak. Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih dahulu siapa yang percaya kepada Jesus. Bagaimanapun, setiap individu masih boleh menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar bahawa setiap orang akan terjamin untuk terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin Arminius ini dinamakan Arminianisme. |