Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ngu.nan] | ڤمباڠونن

Definisi : 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ngu.nan] | ڤمباڠونن

Definisi : perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangunan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBANGUNAN KAWASAN UTARA DI AUSTRALIA UMUM 
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YPEIM) ialah yayasan yang ditubuhkan

oleh kerajaan untuk pembangunan ekonomi umat

Islam Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13 Oktober

1976 sebagai menyahut seruan yang terdapat

dalam rumusan Kongres Islam Ke-2 yang diadakan

di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972 bagi

meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam

Malaysia.

UMUM 
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA

Persatuan Pembangunan Antarabangsa

(International Development Association–IDA) ialah

organisasi dunia yang menyediakan pinjaman

kepada negara sedang membangun untuk projek

pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960

untuk membantu negara sedang membangun yang

memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak

mendapat kemudahan pinjaman wang yang

mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa.

UMUM 
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TABUNG PEMBANGUNAN PERTANIAN ANTARABANGSA