Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangunan dalam ekonomi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YPEIM) ialah yayasan yang ditubuhkan

oleh kerajaan untuk pembangunan ekonomi umat

Islam Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13 Oktober

1976 sebagai menyahut seruan yang terdapat

dalam rumusan Kongres Islam Ke-2 yang diadakan

di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972 bagi

meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam

Malaysia.

UMUM 
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM 
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 
ABDUL RAZAK HUSSEIN, TUN (1922–1976)

Abdul Razak Hussein, Tun (1922-1976),

Perdana Menteri Malaysia yang kedua (1970–1976).

Dia juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Malaysia’

kerana usaha gigihnya dalam menggerakkan

pelbagai aspek pembangunan negara seperti

pendidikan, infrastuktur, kerohanian dan ekonomi.

UMUM 
ZENITH,

ZENITH,  majalah bulanan di Indonesia.  Zenith mula diterbitkan pada tahun 1951 oleh Yayasan Dharma, dan dicetak oleh percetakan N.V. Dharma yang beralamat Jalan Gongangdia Lama, No. 4, Jakarta.  Sidang redaktur majalah Zenith ialah H.B. Jassin, J.A. Dungga, Sumantri Mertodipuro, Susanto Ruslanputro, Sr. Nuraini dan Asrul  Sani.  Ketua Yayasan Dharma ialah Ir. Pangeran Moh. Noor, dengan anggotanya terdiri daripada Prof. Dr. Supomo, Sukardjo Wirjopranoto, Jusuf Wibisono dan Suwandi. Akte Notaris Yayasan Dharma menyebut bahawa tujuan menerbitkan Zenith adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat dan negara Indonesia dalam lapangan kebudayaan di samping pembangunan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.  Keluaran pertama Zenith ialah 4000 naskhah.  Keluaran ini meningkat menjadi 5500 naskhah pada cetakan berikutnya.

SASTERAKonsep
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas