Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya; ~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg membantu; penolong: Di kedainya, Ali mempunyai dua orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembantu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTONY, MARK

Antony, Mark (83?–30 S.M.) ialah jeneral dan

negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu

pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia

meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian

menjadi pembantu pemerintah bersama dengan

Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom,

Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini

Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya

menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony

bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi

dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M.

UMUM 
SOLANDER, DANIEL CHARLES

Solander, Daniel Charles (1736–1782) ialah

ahli alamiah Sweden. Pada tahun 1768, ahli

alamiah Inggeris, Sir Joseph Banks mengupah

Solander sebagai pembantu saintifik dalam

pelayaran penjelajahan pertama James Cook.

Solander menjadi setiausaha dan pustakawan

Bank, dan bekerja dengannya dalam beberapa

buah projek sejarah alamiah.

UMUM 
YEOMAN

Yeoman ialah retainer (tanggungan) pembesar

feudal England pada akhir Zaman Pertengahan.

Pada awal tahun 1400-an, nama ini merujuk

kepada pembantu rumah golongan bangsawan

dan pemilik tanah kecil yang bebas serta petani

kepada ladang milik orang bangsawan.

UMUM 
AYLWARD, GLADYS

Aylward, Gladys (1902–1970), wanita Inggeris,

yang menghabiskan masa selama 17 tahun sebagai

mubaligh bebas Kristian di China. Wang simpanan

daripada upahnya sebagai pembantu rumah

membiayai perjalanannya ke China pada tahun

1932.

UMUM 
STREEP, MERYL

Streep, Meryl (1949– ) ialah seniwati Amerika

yang terkenal kerana kepekaannya dalam

memaparkan pelbagai watak. Pada tahun 1979,

Streep memenangi Academy Award sebagai

pelakon pembantu terbaik dalam filem Kramer vs.

Kramer dan anugerah pelakon terbaik dalam

Sophie’s Choice pada tahun 1982. Pada tahun 1978,

Streep memenangi Emmy Award kerana lakonannya

dalam drama televisyen Holocaust.

UMUM 
MACLEISH, ARCHIBALD

MacLeish, Archibald (1892–1982) ialah penyair

(pemuisi), dramatis dan pengkritik Amerika. Dia juga

berkhidmat sebagai pustakawan kongres pada tahun

1939 hingga tahun 1944 dan sebagai pembantu

setiausaha negara pada tahun 1944 dan tahun 1945.

UMUM 
THANE

Thane ialah gelaran Anglo-Saxon yang digunakan

pada kebanyakan tahun zaman England awal.

Perkataan thane mempunyai banyak makna. Pada

masa yang berbeza gelaran ini bermakna

pembantu, atendan, orang gaji atau pegawai.

UMUM 
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON

Speelman, Cornelius Janszoon (1628–1684),

memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur

Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga

tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda.

Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia

Timur Belanda sebagai pembantu. Selama

bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia

Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta).

UMUM 
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
AL-ANSAR

Al-Ansar, golongan yang membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah di Madinah.  Dari segi bahasa, al-Ansar bermaksud penolong atau pembantu yang berasal daripada perkataan Arab, ”nasara”.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
123

Kembali ke atas