Santa Marta (pend. 218 205) ialah pelabuhan laut berhampiran hujung utara Colombia. Untuk lokasi, lihat Colombia (peta). Bandar ini penting sebagai pusat kapal penghantaran pisang. Beberapa tahun dahulu bandar ini menjadi tempat yang digunakan oleh para pengembara untuk memulakan usaha mencari El Dorado. Santa Marta diasaskan pada tahun 1525 oleh Rodrigo de Bastidas, ahli pelayaran dan penjelajah Sepanyol. Ia adalah petempatan tetap yang tertua di Amerika Selatan. Tidak jauh dari situ ialah hacienda (estet) San Pedro Alejandrino dan di sinilah pembebas Amerika Selatan, Simón Bolívar menghabiskan hari-hari terakhirnya sebelum meninggal dunia pada tahun 1830. Lihat juga El Dorado. |