GERAKAN PEMBEBASAN INDIA | | UMUM | |
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967. | UMUM | |
BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF) | BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF), satu gerakan pemisahan orang Islam Moro daripada kerajaan Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI | PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GERAKAN PEMBEBASAN PATANI | GERAKAN PEMBEBASAN PATANI, gerakan kaum Melayu Islam Patani berteraskan ikatan etnik dan agama menentang kerajaan Bangkok. Pada awal abad ke-20, tujuh wilayah Melayu bekas Kesultanan Patani ditakluk oleh Negara Thai melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Sejak penaklukan itu, berbagai-bagai dasar integrasi nasional telah dilaksanakan oleh kerajaan Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ARAFAT, YASSER | Arafat, Yasser (1929–2004) ialah Presiden negara Palestin dan juga Presiden Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semenjak tahun 1969. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah sebuah kesatuan rakyat Palestin yang bersumpah taat setia untuk mengembalikan ketuanan kerajaan Palestin. Lihat Palestin, Sejarah. | UMUM | |
PAROL | Parol ialah pembebasan awal penjenayah dari penjara. Dalam kebanyakan kes, ia adalah sebagai ganjaran kerana berkelakuan baik. | UMUM | |
O' HIGGINS, BERNARDO | O’ Higgins, Bernardo (1778–1842) ialah ketua pembebasan Chile dan menjadi pemimpinnya yang pertama selepas kemerdekaan. Dia memimpin negara itu dari tahun 1817 hingga tahun 1823. | UMUM | |
PITSUDSKI, JÓZEF | Pitsudski, Józef (1867–1935) ialah patriot Poland yang memimpin pergerakan pembebasan Poland daripada Rusia dan membantu menyatupadukan negaranya. Pilsudski berkhidmat sebagai ketua negara Poland yang pertama dan juga menteri perang selepas Poland bertukar menjadi sebuah republik pada tahun 1918. Perlembagaan demokrasi yang baru diwujudkan menjadikan jawatan presiden sebagai satu jawatan yang lemah. Oleh itu, Pitsudski enggan dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut. Pada tahun 1922, dia mengundurkan diri daripada politik buat sementara waktu. Pada tahun 1926, dia menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan. Profesor Ignacy Mos´cicki dilantik menjadi presiden yang baru. Pitsudski menjadi perdana menteri dan berkhidmat hingga tahun 1928. Pada tahun 1930, dia sekali lagi menjadi perdana menteri. Pitsudski berjaya mengekalkan kuasa sebenarnya dalam kerajaan dan berkuasa sepenuhnya sejak tahun 1926 sehinggalah dia meninggal dunia. | UMUM | |
AHMAD ‘URABIYY | Ahmad ‘Urabiyy (1257 H.–1329 H./1841 M.– 1911 M.), pemimpin politik Mesir dan pejuang kebangsaan yang memimpin gerakan pembebasan negaranya ketika menentang penjajah Inggeris | UMUM | Umum |