Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.la.an] | ڤمبلاءن

Definisi : perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.la.an] | ڤمبلاءن

Definisi : perihal membela, pemeliharaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.la.an] | ڤمبلاءن

Definisi : hal atau perbuatan membela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pem.be.la.an] | ڤمبلاءن

Definisi : 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembelaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KECUAIAN SERTAAN

Kecuaian sertaan atau kesalahan bersama ialah satu bentuk pembelaan dalam satu tindakan dalam Common Law bagi mendapatkan ganti rugi atas kecederaan atau kemudaratan yang timbul disebabkan kecuaian sesuatu pihak.

UNDANG-UNDANGKonsep
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 

Kembali ke atas