Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan makna daripada perkataan bercetak atau bertulis. Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan satu daripada kemahiran yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah kunci kepada semua jenis maklumat. Ia membolehkan kita mempelajari cara membina atau memasang benda, menikmati cerita, mengetahui kepercayaan orang lain, melatih imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina idea dan kepercayaan kita sendiri. |