PEMBENTUKAN MALAYSIA | sejarah pembentukan Malaysia | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTLLAH BAHASA MELAYU | PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTlLAH BAHASA MELAYU, buku pedoman untuk penggubalan istilah. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1975. Penerbitnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Edisi kedua buku ini diterbitkan pada tahun 1987. Buku setebal 35 halaman ini terbahagi kepada enam bab, iaitu Bab Pertama: Konsep-konsep Dasar, Bab Kedua: Sumber Istilah, Bab Ketiga: Unsur dan Proses Tatabahasa dalam Peristilahan, Bab Keempat: Aspek Makna dalam Pembentukan Istilah, Bab Kelima: Istilah Singkatan dan Lambang dan Bab Keenam: Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman. | BAHASA | Bahasa |
PENGIONAN | Proses pembentukan spesi bercas yang dikenali sebagai ion. Spesi bercas positif (atau kation) dan bercas negatif (atau anion), masing-masing terbentuk apabila atom atau kumpulan kehilangan dan menerima satu atau lebih elektron. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
PEMENDAKAN | Proses pembentukan bahan pepejal (mendakan) daripada larutan, ampaian atau koloid (sol). | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
POLIMORFISME | Polimorfisme ialah pembentukan tiga atau lebih kumpulan dewasa yang berbeza dalam satu spesies. Polimorfisme bermaksud banyak bentuk . | UMUM | |
STALAGMIT | Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur. Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang menitis ke lantai dari dinding dan bumbung sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut, iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air memasuki persekitaran gua itu, air tersebut kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu yang terbalik. | UMUM | |
STALAKTIT | Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di tengah-tengahnya. | UMUM | |
TAMBAK RAKSASA | Tambak Raksasa merupakan pembentukan palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya daripada legenda lama bahawa tambak tersebut dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland, menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba. Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil daripada pengecutan aliran lahar. Lihat juga Basalt. | UMUM | |
TEORI PERTAUTAN | Teori pertautan lihat Hujan (Pembentukan hujan; rajah). | UMUM | |
ASAL USUL PETROLEUM | Teori yang cuba menerangkan tentang pembentukan petroleum di dalam kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |