Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan tidak membayar upah supaya pekerja menerima syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini, seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu. |