PRASEMBAH | Prasembah ialah muzik yang dimainkan sebagai pembuka kepada muzik lain, ataupun dipersembahkan sebelum sesuatu lakonan atau opera dimulakan. | UMUM | |
SURAH AL-FATIHAH | Surah al-Fatihah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang pertama mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tujuh ayat. Surah ini dinamakan al-Fatihah (pembuka) kerana surah ini menjadi pembuka kitab al-Qur’an dan terletak di awal kitab dari segi susunannya, bukan berdasarkan masa turunnya dari langit. Ia juga dikenali dengan nama Umm al-Kitab, Sab’ al- Mathaniy, al-Shafiyah, al-Wafiyah, al-Kafiyah, al- Asas dan al-Hamd. | UMUM | |
MUSA IBN NUSAYR | Musa ibn Nusayr (19 H.– 97 H./640 M.– 715 M.), ahli politik, penakluk berbangsa Arab pada zaman pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama penuhnya ialah Musa ibn Nusayr ibn Abdul Rahman ibn Zayd. Gelarannya ialah Abu Abdul Rahman Pembuka Andalus dan juga al-Lakhamiy. Dikatakan juga gelarannya ialah al-Umawiy kerana kesetiaannya kepada Bani Umayyah. Berasal dari Wadi al-Qura, Hijaz. Bapanya Nusayr adalah salah seorang pengawal peribadi Mu’awiyah. Musa telah dididik dengan cara hidup yang lasak dan kental. Dia telah menerima pelbagai tugas semenjak usia mudanya lagi dan dapat melaksanakannya dengan jaya. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN AL-QASIM | Muhammad ibn al-Qasim (62 H.–98 H./681 M.– 717 M.), ketua gerakan pembukaan Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn al- Qasim ibn Muhammad ibn al-Hakam ibn Abi Aqil al- Thaqafiy. Dia adalah pembuka kota Sind dan memerintahnya pada zaman kerajaan Umayyah. Hajjaj melantik Muhammad menjadi gabenor Sind pada zaman pemerintahan al-Walid ibn ‘Abd al- Malik dan bapanya merupakan gabenor di Basrah. | UMUM | |
SAMBAL | SAMBAL, makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili. Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah. Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat, sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari. Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng. | BUDAYA | Makanan |
UMAI | UMAI, makanan tradisi masyarakat Melanau. Umai menjadi makanan pembuka selera di kalangan masyarakat Melanau dan sekarang turut digemari oleh masyarakat lain. Umai diperbuat daripada ikan yang dihiris halus yang dicampur dengan perencah khusus. | BUDAYA | Makanan |
MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
IKAN MASIN | IKAN MASIN, ikan yang diperap dengan garam dan dijemur. Proses ini dilakukan untuk menjadikan ikan tahan lama jika disimpan. Ikan masin dijadikan lauk dalam hidangan atau lauk pembuka selera. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
MUHAMMAD AL-FATIH | Muhammad al-Fatih (833 H.– 886 H., /1429 M.– 1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451 M.), baginda menaiki takhta menggantikan ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam. Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan, penyair dan menganugerahkan sebaik-baik penghargaan kepada mereka. Ayahandanya mewasiatkan agar membuka kota Constantinople, lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa Turki. | UMUM | |
SUP SARANG BURUNG | Sup sarang burung ialah makanan orang Cina yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia Tenggara yang tergolong dalam famili burung layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan dengan air liur yang telah keras daripada burung swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup kelihatan menarik. Rasa sup datangnya terutamanya daripada jenis air rebusan sarang burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup sarang burung termasuk sup masin yang dihidang sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut yang manis yang dibuat dengan tembikai. | UMUM | |