Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.ka.an] | ڤمبوکاءن

Definisi : perihal atau perbuatan membuka, permulaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.ka.an] | ڤمبوکاءن

Definisi : perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembukaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKKAH, PEMBUKAAN

Makkah, Pembukaan. Peristiwa pembukaan

Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun 8 H.

Sebab berlakunya pembukaan atau penaklukan ini

adalah kerana dalam syarat-syarat perjanjian

Hudaibiyah sebelum itu telah dinyatakan antara

lain:

     “Sesiapa yang mahu berikat dengan

Muhammad dan membuat perjanjian dengannya,

maka ia bebas berbuat demikian dan sesiapa yang

mahu berikat dengan kaum Quraisy dan membuat

perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat

demikian”.

UMUM 
MA WARA’ AL-NAHR, PEMBUKAAN,

Ma Wara’ al-Nahr, Pembukaan, siri

pembukaan negara oleh orang Islam di sebelah

timur negara Islam pada zaman pemerintahan Bani

Umayyah, khususnya pada zaman Khalifah al-Walid

ibn Abd al-Malik. Pembukaan ini adalah di bawah

pimpinan Qutaybah ibn Muslim dan Muhammad

ibn al-Qasim. Ma Wara’ al-Nahr ialah negeri-negeri

yang terletak di antara Sungai Jayhun dengan

Sungai Wiriy, meliputi negeri Takharstan,

Saghaniyan, Samarkand, Bukhara, Khawarizm, dan

Ashru. Sebelum negeri ini ditakluk, orang-orang

Islam telah mengepung dan menghalang laluan

orang Rom. Selepas itu, berlakulah penaklukan di

bahagian timur negara Islam dan ia terus kekal di

bawah pemerintahan Islam. Masa pembukaan itu

adalah antara tahun kejatuhan al-Mada’in, iaitu

pada tahun 16 H./637 M. dan pelantikan Qutaybah

ibn Muslim sebagai pemimpin di Khurasan pada

tahun 85 H./704 M.

UMUM 
PEMBUKAAN ISLAM UMUM 
PEMBUKAAN CONSTANTINOPLE UMUM 
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN

Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada

zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang

mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin

menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima

utama seperti Al-Walid ibn ‘Uqbah ,

‘Amru ibn al’ As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah

dan Yazid ibn Abu Sufian.

UMUM 
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 
MUHAMMAD IBN AL-QASIM

Muhammad ibn al-Qasim (62 H.–98 H./681 M.–

717 M.), ketua gerakan pembukaan Islam yang

terkenal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn al-

Qasim ibn Muhammad ibn al-Hakam ibn Abi Aqil al-

Thaqafiy. Dia adalah pembuka kota Sind dan

memerintahnya pada zaman kerajaan Umayyah.

Hajjaj melantik Muhammad menjadi gabenor Sind

pada zaman pemerintahan al-Walid ibn ‘Abd al-

Malik dan bapanya merupakan gabenor di Basrah.

UMUM 
PERANG HUNAYN-HAWAZIN

Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10

Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai

pembukaan atau penaklukan Makkah al-

Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum

muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w.

dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan

kabilah Thaqif di daerah Ta’if.

UMUM 
LIGHT, FRANCIS

Light, Francis (1740–1794) ialah perintis bagi

kemasukan British ke Tanah Melayu dengan

pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786. Dia

merupakan kapten kapal Syarikat Hindia Timur

Inggeris.

UMUM 
1234

Kembali ke atas