| SISTEM LIMFATIK | Sistem limfatik ialah satu rangkaian pembuluh kecil yang menyerupai pembuluh darah. Sistem limfatik mengembalikan bendalir dari tisu badan ke dalam aliran darah. Proses ini diperlukan kerana tekanan bendalir dalam badan terus-menerus menyebabkan air, protein dan bahan-bahan lain keluar dari pembuluh darah yang dikenali sebagai kapilari. Bendalir yang mengalir keluar, yang dikenali sebagai bendalir interstitial, membasahi dan memberi nutrien kepada tisu badan. | UMUM | |
| SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
| KAPILARI | Kapilari ialah pembuluh darah yang paling kecil dalam tubuh. Ia hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. | UMUM | |
| PERDARAHAN | Perdarahan ialah keadaan keluarnya darah dari pembuluh darah. Perdarahan berlaku apabila arteri, vena, atau kapilari pecah. Pecah mungkin disebabkan oleh kecederaan, hakisan , atau kehausan, yang terhasil melalui proses tak normal seperti ulser, keradangan, atau kanser. Doktor menamakan perdarahan yang teruk hemoraj. | UMUM | |
| ANGIOGRAFI | Angiografi ialah teknik yang membolehkan pembuluh darah dilihat dengan menggunakan sinar-x. | UMUM | |
| MERAH MUKA | Merah muka mengakibatkan muka dan leher menjadi merah dan panas. Keadaan ini berlaku apabila kapilari, pembuluh darah halus dalam kulit, dipenuhi darah secara tiba-tiba. | UMUM | |
| MALPIGHI, MARCELLO | Malpighi, Marcello (1628–1694), ahli anatomi Itali yang terkenal kerana penyelidikannya tentang struktur tisu manusia. Dia menemui saluran rerambut, iaitu pembuluh darah kecil yang membawa darah di antara arteri dan vena. | UMUM | |
| DEBAKEY, MICHAEL ELLIS | DeBakey, Michael Ellis (1908 – ), pakar bedah Amerika yang menjadi terkenal kerana usahanya mengkaji jantung dan juga sumbangannya terhadap teknik yang digunakan untuk menggantikan pembuluh darah yang rosak termasuk pembedahan pintasan koronari. | UMUM | |
| KELENJAR TIROID | Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin (pengeluaran hormon) yang terletak di depan leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid mengambil iodin dari darah dan menggunakannya untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga dikenali sebagai tetraiodotironina dan triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai folikel . | UMUM | |
| TIFUS | Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan penyakit yang penting yang disebabkan oleh riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia, organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir” penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit, atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai demam bawaan sengkenit . | UMUM | |