SISTEM PEMELIHARAAN LEPAS BEBAS | Sistem | PERTANIAN | Konsep |
AKUAKULTUR | Akuakultur ialah pemeliharaan haiwan laut dan rumpai laut secara terkawal. Akuakultur dijalankan dalam takungan yang dibina di darat atau di kawasan air semula jadi. | UMUM | |
ARKIB NEGARA MALAYSIA | Arkib Negara Malaysia ialah organisasi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap penyimpanan dan pemeliharaan khazanah persuratan yang berkaitan dengan sejarah negara. Arkib juga membekalkan maklumat bagi kepentingan masyarakat. Arkib Negara ditubuhkan pada 1 Disember 1957 dengan nama Pejabat Rekod Awam Malaya. | UMUM | |
ORNITOLOGI | Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia. Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan anak, pencarian makanan, penerbangan, pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung, dan rakaman dibuat tentang bunyi burung. | UMUM | |
SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
TANAH ATAS | Tanah atas ialah lapisan permukaan tanah. Biasanya, kedalamannya antara 10 hingga 25 sentimeter. Struktur dan ketebalan tanah atas menggalakkan pertumbuhan sistem akar tanaman. Tanah atas kaya dengan sejenis kandungan yang dikenali sebagai humus , satu sumber makanan penting bagi setiap tanaman seperti bijian kecil dan rumput (lihat Humus ). Tanah atas juga mengandungi bakteria yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman. Tanah atas yang subur diperlukan untuk pertanian, landskap dan perkebunan. Oleh itu, ia dianggap sebagai salah satu dari sumber semula jadi yang penting. Masa selama beratus-ratus tahun diperlukan di dalam proses pembentukan tanah atas. Oleh sebab itu, pemeliharaan tanah atas adalah satu dari tujuan utama pemuliharaan tanah. | UMUM | |