METEOR | Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari langit. Kadangkala meteor yang paling terang dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah atau serpihan logam atau batu yang dinamakan meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur. Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau selama kira-kira sesaat. | UMUM | |
AUCHINCLOSS, LOUIS | Auchincloss, Louis (1917– ), penulis Amerika. Dia merupakan salah seorang pemerhati sastera yang terbaik di kalangan “kelas atasan” penduduk Amerika di zamannya. Auchincloss biasa bergaul dengan orang atasan. Dia lahir di Lawrence, New York, Amerika Syarikat. Dia mendapat pendidikan di Groton, sebuah sekolah swasta; Universiti Yale dan University of Virginia . Auchincloss bekerja sebagai seorang peguam di firma Wall Street di New York . Kebanyakan watak di dalam novelnovelnya ialah peguam. | UMUM | |
PERSPEKTIF | Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif, pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi gambar itu menjadi “bingkai jendela.” Pemandangan itu nampaknya menghilang di kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah jendela pemerhati. | UMUM | |
NADIR | Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini, betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan penghujung garisan ladung yang kita bayangkan tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90° darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit. | UMUM | |
AUTOBIOGRAFI | Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi. Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu peristiwa. Sesetengah orang menggunakan autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa mereka boleh memperoleh wang dari minat orang ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. | UMUM | |
SYDENHAM, THOMAS | Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang doktor Inggeris yang paling dikagumi pada zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil pesakit dan amalan perubatan hendaklah didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan membaca buku atau menggunakan teori. Dia merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan huraian yang sangat baik tentang gout, demam skarlet, campak dan influenza. | UMUM | |
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |
KHALID M. HUSSAIN | KHALID M. HUSSAIN (1937- ), penulis dan pengkaji teks Melayu klasik. Dia lahir pada 2 November 1937 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Khalid bin Muhammad Hussain. Dia juga menggunakan nama samaran Kalidas dan Pemerhati. | SASTERA | Tokoh |
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH | Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ), tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet. Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985. Politburo merupakan badan yang menentukan dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov memohon untuk bersara dari semua jawatan, disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan pengaruh dalam parti. | UMUM | |