Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.rian] | ڤمرين

Definisi : 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.rian] | ڤمرين

Definisi : hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peri2
Kata Terbitan : berperi-peri, memerikan, terperi, terperikan, pemerian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINTAKSIS

Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata

disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis

memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan

kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan

kata yang diterangkannya. Lihat Ayat.

Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa.

Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the

ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the

ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam

tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna

yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in

black leather by the clerk” mempunyai makna yang

berbeza daripada ayat “I was shown a book by the

clerk in black leather”, maknanya telah berubah

kerana sintaksisnya berubah.

UMUM 
ORNITOLOGI

Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia

termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan

burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan

ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia.

Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi

termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan

anak, pencarian makanan, penerbangan,

pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi

digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung,

dan rakaman dibuat tentang bunyi burung.

UMUM 
PULAU SAINT GEORGE

Pulau Saint George lihat Bermuda (Lokasi,

saiz, dan pemerian).

UMUM 
KAROO

Karoo ialah kawasan tinggi separa gurun di tanah

tinggi di provinsi Cape Timur, Afrika Selatan. Nama

ini berasal daripada pemerian tentang “keras dan

kering; tanah tandus dan belukar kecil” oleh orang

Khoikhoin.

UMUM 

Kembali ke atas