ASHURBANIPAL | Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal , ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama pemerintahannya (668–627 S.M.), Assyria menjadi kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot. Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria memenangi perang itu pada tahun 648 S.M., Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya, baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah liat ini, kini tersimpan di Muzium British, merupakan panduan yang paling baik tentang sejarah Mesopotamia. Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar). | UMUM | |
NICHOLAS I
| Nicholas I (1796–1855) ialah tsar Rusia dari tahun 1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda terkenal kerana pemerintahannya yang kejam, walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi pada zaman pemerintahannya. | UMUM | |
STEPHEN | Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris. Pemerintahannya penuh dengan persengketaan sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan tersebut berpunca daripada perebutan takhta. Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry telah memujuk baronnya untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Matilda sebelum kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153, Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat Plantagenet). | UMUM | |
AURELIAN | Aurelian (215?–275 M.) ialah maharaja Rom. Pemerintahannya yang berbentuk ketenteraan dan berdisiplin berjaya menyatukan empayar Rom yang mulai berpecah semasa baginda baru menjadi maharaja. Aurelian mengecap duit syiling dengan perkataan Pemulih Dunia. | UMUM | |
NICHOLAS II | Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
CHRISTIAN IV | Christian IV (1577–1648) ialah raja Denmark dari tahun 1588 hingga kemangkatannya. Pemerintahannya selama 60 tahun adalah yang terpanjang bagi seorang raja Denmark | UMUM | Umum |
AKBAR | Akbar (1542–1605) ialah Maharaja Mughal ketiga dan yang teragung di India. Selama 49 tahun pemerintahannya, dari tahun 1556 hingga kemangkatannya, baginda menguasai sebahagian besar utara dan timur India dan juga Afghanistan. | UMUM | |
SETI I | Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.) ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal pemerintahannya, baginda telah mengadakan sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos. Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan disempurnakan oleh puteranya Ramses II. Makamnya yang merupakan binaan paling indah di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817 manakala mumianya bersama-sama dengan mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881, dalam satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri. | UMUM | |
NERO | Nero (37 M.–68 M.) ialah maharaja Rom yang memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero membina Golden House, istana yang sangat besar, di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu. Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero memulakan kebakaran supaya dia boleh membina istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak popular di Rom, dan membunuh mereka. | UMUM | |
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ | Muhammad bin Tughluq (1290–1351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. | UMUM | |